Thursday, 2 November 2017

Luahan Perasaan Seorang Jurujual

Hai semua readers di luar sana. Dah masuk bulan November sekarang..kejap je masa berlalu. Hari ni sempat Wawa update blog sementara menunggu masa untuk lunch.

Okay berbalik kepada tujuan asal yang Wawa nak story ni berkenaan SALESPERSON atau erti kata lain JURUJUAL@PROMOTER. 2-3 hari lepas Wawa ada ke satu mall ni saja nak top up barang-barang dapur yang dah habis. Cik Wawa perhati je dari jauh tengok gelagat masing-masing. Ada beberapa booth yang jual produk dan ada jurujual yang gigih senyum dan promote produk diorang pada pengunjung-pengunjung yang lalu di hadapan booth diorang.


Gambar ihsan Cik Google

Ada yang yang memberi respon positif dan tak kurang juga ada yang langsung tengok muka pun tak nak. Kadang-kadang akak pelik kenapa rakyat Malaysia ni dah takde budi bahasa ke. Cuba korang letakkan diri korang di tempat jurujual tu. Pernah tak kita terfikir kenapa diorang gigih bekerja nak cari sales. 

Kita yang dilahirkan ke dunia ni tak tahu pun apa masa depan kita dan pekerjaan yang kita akan buat bila dah dewasa nanti untuk kelangsungan hidup. Itu rezeki mereka yang bekerja sebagai jurujual dan diorang bekerja tidak mengikut masa seperti yang bekerja di pejabat petang boleh balik berehat dan meluangkan masa dengan family.  
Gambar ihsan Cik Google

Jurujual ni kadang-kadang lewat malam baru pulang ke rumah dan hari minggu mereka bukan untuk berehat senang lenang. Pesanan akak pada semua kalau kita nampak jurujual cuba promote produk mereka bagi respon yang positif walaupun kita tak berminat dengan produk mereka. Senyum dan jawab dengan elok. Mereka pasti akan faham dan tersenyum lega kerana masih ada yang sudi balas usaha mereka (walaupun kadang-kadang ada segelintir yang jenis memaksa).

Ubah cara kita kerana tak semua yang dilahirkan ke dunia ini minta untuk bekerja seperti mereka. Sampai sini saja luahan perasaan akak hari ni nanti ada masa akan sambung lagi. Akak is busy prepare untuk travel ke Vietnam tengah bulan nanti. Doakan Cik Wawa rajin snap gambar banyak-banyak ye.